Langkah pertama : Felicitation
24-03-2022
Email diterima dari Dr Amin Safwan yang dipanjangkan dari French Embassy.
Hati tertarik. Eh, macam boleh cuba. Tapi, macamana, aku mana ada contact person di sana. Aku layangkan email kepada beberapa professor dalam bidang tribology. Kot, ada yang membalas. Namun, hampa.
Maklum sajalah, aku bukan siapa-siapa. Aku cuba lagi sehinggalah hampir seminggu. Belum berputus asa, aku email seorang demi seorang. Akhirnya, teringatkan Prof Linares, guru aku semasa di IUT. Sempat aku berbalas email & menyatakan hasratku untuk datang ke makmal beliau. Alhamdulillah, ianya disambut baik.
01-04-2022
Sambil tu, sempat berkejar pula untuk membuat passport yang dah pun tamat tempoh. Debar rasanya lain macam sebab kena buat temujanji melalui STO imigresen. Bayangkan, tarikh terdekat hanyalah pada 08-04-2022, iaitu hari akhir tarikh penghantaran borang. Itupun, jenuh aku mencari tarikh paling dekat. UTC JB paling awal pun, nun bulan 5. Syukur sangat sebab sempat selesai semuanya pada tarikh yang ditetapkan.
03-04-2022, berbaki hanya 5 hari sebelum tarikh tutup permohohan. Aku berjaya mendapatkan surat sokongan dari Prof Linares, alhamdulillah. Selesai urusan dengan beliau, aku mohon pula surat sokongan dari UNIKL MICET. Alhamdulillah, turut dipermudahkah.
Dalam pada itu, sempat juga aku pergi mengambil booster. Sempat demam dan baik demam sebelum renew passport.
08-04-2022
Hari kejadian. Paling awal lah rasanya, tapi masih jadi orang ke 7. Hahaha. sistem STO ni, memang bagus sebenarnya. Memudahakan urusan supaya tak jadi terlalu ramai semasa di dalam ruang menanti. Maklumlah, Pejabat Imigresen Melaka ni, walaupun besar, tapi menampung keperluan orang dibahagian utara Johor macam aku & orang melaka sendiri. Alhamdulillah, RM200 yang pada aku berbaloi sebagai investment. Maklum sajalah, dah boleh travel, baloi la nak buatkan.
Petangnya, aku berjaya 'complete'kan semua dokumen yang dikehendaki. Lega, walaupun banyak juga kena isi borang, tapi berbaloi. Pengalaman pertama mohon mobility for Staff.
Ini pun sebab aku nak cuba-cuba baiki diri. Dulu, rasa semua macam mustahil. Tak reti itu ini. Akibatnya, low selfesteem & low confident. Ditambah pula, memang introvert, huhu, aku selalu pass je kat orang lain. Takut kehadapan. Entahlah.
Usai menekan butang "send", aku menarik nafas lega. Dapat, atau tidak, rezekinya Allah dah tentukan. La ni, aku belajar untuk tenang. Kalau memang da tertulis, ada hak aku disitu, jauh mana pun, susah mana pun, insyaAllah, akan dipermudahkan.
Berdebar menanti keputusan.
19-04-2022
Sejak beberapa minggu, selepas booster, aku dilanda deman dan batuk yang teruk. Akhirnya, surrender selepas 2 kali ke klinik. Aku terus ke emergency di Hospital Pantai Ayer Kroh. 6 hari dipantau sebaiknya oleh Dr Hayati. Alhamdulillah, setiap hari diselia oleh fisioterapi, jururawat (nebulizer -4 kali sehari), dan doktor 2 kali sehari, aku keluar dari hospital berbekalkan ubat-ubatan yang menimbun.
Keputusan 'Mobility staff' masih belum keluar. Aish, masih berdebar.
24-04-2022
Alhamdulillah. Discaj dari hospital. Sempat lagi bersedia untuk raya. Maklumlah, belum sempat membeli sebarang persediaan raya. Batuk da semakin berkurang, alhamdulillah. Aku berdoa semoga masih berkesempatan berhari raya. Sempat juga aku panjatkan doa moga-moga di penghujug ramadan, ada sinar bahagia datang bersama (tak sabar nak tahu keputusan Embassy).
Alhamdulillah, rezeki, pelajar master aku berjaya sudah register dan secara rasmi menjadi pelajar tajaan dibawah skin FRGS. Terima kasih Ya allah, rezeki di minggu akhir ramadan. Kau angkat kesakitan aku & kau gantikan dengan nikmat rezeki melimpah ruah ya Allah. Nikmat apakah lagi yang engkau dustakan.
27-04-2022
Jumaat akhir ramadan 1443H. Aku memang sengaja mengambil cuti. Masih ada baki keletihan. Jam menunjukkan angka 5 lebih. Usai solat asar, sempat lagi aku skroll email. Nama yang aku tunggu, terpacol keluar di email.
Dengan berdebar aku membaca.
"We are glad to let you know that the selection process for the “Academic Staff Mobility Grant” call from the French Embassy in Malaysia is now over - and you have been awarded funding for a scholarship (1 month) and plane transportation. Congratulations"
Sujud syukor aku panjatkan kepada Allah, kerana mengizinkan aku menjadi insan terpilih. Insan bertuah kali ini. Allahumma amin. Allah maha berkuasa. Diberikan sedikit ujian & dihadiakan dengan nikmat tidak terbanding. Syukur Allah. Aku ini hambanya yang lemah. Sentiasa memerlukan rahmat dan kasih sayang Allah.
Terima kasih pada mak & ayah yang sentiasa tak putus berdoa. Sama juga dengan suamiku & anak-anak. Ini merupakan doa mereka juga.
Comments
Post a Comment