Posts

Showing posts from May, 2022

Langkah pertama : Felicitation

24-03-2022 Email diterima dari Dr Amin Safwan yang dipanjangkan dari French Embassy.  Hati tertarik. Eh, macam boleh cuba. Tapi, macamana, aku mana ada contact person di sana. Aku layangkan email kepada beberapa professor dalam bidang tribology. Kot, ada yang membalas. Namun, hampa. Maklum sajalah, aku bukan siapa-siapa. Aku cuba lagi sehinggalah hampir seminggu. Belum berputus asa, aku email seorang demi seorang. Akhirnya, teringatkan Prof Linares, guru aku semasa di IUT. Sempat aku berbalas email & menyatakan hasratku untuk datang ke makmal beliau. Alhamdulillah, ianya disambut baik.  01-04-2022 Sambil tu, sempat berkejar pula untuk membuat passport yang dah pun tamat tempoh. Debar rasanya lain macam sebab kena buat temujanji melalui STO imigresen. Bayangkan, tarikh terdekat hanyalah pada 08-04-2022, iaitu hari akhir tarikh penghantaran borang. Itupun, jenuh aku mencari tarikh paling dekat. UTC JB paling awal pun, nun bulan 5. Syukur sangat sebab sempat selesai semuanya ...